Buat Renungan
Wednesday, September 30, 2009
Akademik atau sukan?
MUNGKIN telah tiba masanya untuk Kementerian Pelajaran untuk membangunkan kurikulum khas untuk pelajar yang ingin melibatkan diri dalam sukan secara serius dan profesional. Bermula daripada darjah satu, ibu bapa atau penjaga yang mahukan anak mereka menjadi atlet cemerlang perlu memberi persetujuan secara bertulis untuk mengikuti program khas berkenaan. Ia juga sejajar dengan usaha mentransformasi sistem pendidikan negara agar tidak terlalu bberorientasikan pendidikan. Pelajar yang mengikuti kurikulum itu tidak lagi perlu dibebani dengan pencapaian akademik. Penilaian mereka berdasarkan kecemerlangan dalam sukan yang mereka pilih dan sertai. Bukan lima A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi pingat emas dan piala kejuaraan. Dengan ini, pelajar akan lebih fokus dalam latihan dan tidak lagi perlu mengulang kaji pelajaran selepas penat berlatih. Bagaimanapun pendidikan asas yang melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira tidak boleh diabaikan. Hal ini penting untuk mereka mengikuti perkembangan semasa dan menguruskan kewangan masing-masing apabila dewasa kelak. Paling utama, kehadiran kumpulan pelajar khas ini akan memudahkan guru menyediakan pemain untuk menyertai sebarang pertandingan atau kejohanan sukan tanpa menjejaskan jadual waktu pelajar lain. Perkara ini sering menjadi pertikaian dan dilema kepada guru kokurikulum khususnya ketika menjelang hari sukan atau pertandingan antara sekolah di peringkat zon, daerah mahupun negeri. Dalam konteks ini, perlawanan hendaklah diadakan secara liga - bukan kalah mati. Pertambahan bilangan perlawanan akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam sesuatu acara sukan tersebut. Jumlah kejohanan dan pertandingan sukan juga perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan persaingan. selain itu, ia boleh dijadikan faktor pemilihan ke sekolah sukan, sekolah kluster dan sekolah berasrama penuh. Kesinambungan ini penting sebagai galakan dan pendorong kepada ibu bapa agar memilih sukan untuk kerjaya anak mereka. Tambahan pula, kini sukan bukan sekadar satu permainan tetapi telah menjadi satu perniagaan. Sukan menjanjikan pulangan yang lumayan. Lihat sahaja Christiano Ronaldo, Michael Schumacher dan Maria Sharapova (sekadar menyebut beberapa nama) yang cemerlang, ternama dan kaya-raya. Pendapatan atlet ini dijana daripada hadiah kemenangan, penajaan dan yuran penampilan. Kita juga ada bintang yang bergelar jaguh dan pemain nombor satu dunia, misalnya Datuk Nicol Ann David (skuasy) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton). Tanpa prejudis dan mempertikaikan keputusan akademik atlet-atlet ini, kita sebenarnya tidak pernah peduli dengan keputusan peperiksaan atau pencapaian akademik mereka. Segalanya 'terlindung' di sebalik kegemilangan yang mereka capai setelah berusaha daripada usia muda. Kejayaan yang sama pernah dirasai oleh anak-anak Sidek dalam badminton, Nurul Huda Abdullah dalam renang dan Shalin Zulkifli dalam bowling. Mereka ada satu persamaan - ibu bapa mereka memilih untuk melatih anak mereka untuk cemerlang dalam sukan sejak awal. Ganjaran yang diterima oleh atlet ini juga bukan calang-calang. Sejak 2005, kerajaan memperkenalkan skim pencen untuk pemenang pingat Olimpik. Pemenang pingat emas menerima RM3,000 setiap bulan, diikuti RM1,500 untuk perak dan RM1,000 gangsa. Bagi skim insentif Olimpik pula, pemenang pingat emas Olimpik akan menerima habuan RM160,000, manakala pingat perak dan gangsa, menawarkan RM80,000 dan RM40,000 masing-masing. Terkini kerajaan sedang mengkaji untuk memberi gaji bulanan kepada pemenang pingat Olimpik. Kepada ibu bapa, kenali potensi anak dan buat pilihan yang tepat - akademik atau sukan?Oleh AZMY MOHAMED
Hukuman sebat syariah tidak seperti sebatan sivil
PIBG perlu selesai isu disiplin
PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tuesday, September 29, 2009
Guru tidak dibenar simpan janggut
Saturday, September 26, 2009
Resepi Kuey Teow
Kuey Teow
Bahan-bahan ( satu kilo )
- 350 tepung gandum
- 150gm tepung beras
- 1 biji putih telor
- 200 ml air
- tepung ubi secukupnya
- minyak secukupnya
- air untuk merebus
- garam secukupnya
Cara-cara
Friday, September 25, 2009
Wednesday, September 23, 2009
Kurikulum sistem pendidikan Islam diselaras
Ganjaran khas pendidik
Thursday, September 17, 2009
100,000 belum daftar Darjah 1
Monday, September 14, 2009
Sekolah dibenar ambil cuti peristiwa sempena Aidilfitri
Saturday, September 12, 2009
MENGAPA MENGANTUK SEMASA BELAJAR
Thursday, September 10, 2009
REDtone lancar peraduan 1Malaysia dalam talian
PELAJAR-pelajar sekolah rendah baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak berpeluang meluahkan perasaan mereka dan berkongsi pandangan mereka mengenai 1Malaysia dalam peraduan yang dianjurkan oleh penyedia perkhidmatan komunikasi alternatif, REDtone International Bhd (REDtone).
Ketua Pengarah Eksekutifnya, Zainal Amanshah berkata, Peraduan Melukis dan Menulis Esei 1Malaysia Dalam Talian ini adalah salah satu daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) REDtone dan bertujuan menyokong konsep 1Malaysia.
Menurut beliau, kanak-kanak melihat sesuatu melalui perspektif mereka yang tersendiri dan melalui peraduan ini pihaknya akan mendapat gambaran sepintas lalu mengenai 1Malaysia.
"Kita juga dapat memahami erti perpaduan daripada kaca mata mereka,” katanya semasa pelancaran peraduan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Bahagian Komunikasi), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Mohd Ali Mohamad Nor.
Peraduan selama sebulan ini dibahagikan kepada dua seksyen – Kategori Junior bagi pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga 3, dan Kategori Senior bagi pelajar Sekolah Rendah Tahun 4 hingga 6.
Peserta-peserta Kategori Junior perlu mengemukakan penyertaan mereka dalam bentuk lukisan manakala bagi Kategori Senior, pelajar-pelajar perlu menulis karangan berbentuk esei. Penyertaan hendaklah dikemukakan secara dalam talian di www.redtone1malaysia.com.my.
Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori kerana pelajar-pelajar lebih muda dalam Sekolah Rendah 1-3 mampu meluahkan pandangan mereka dalam lukisan.
Manakala bagi pelajar tahap dua, penulisan esei merupakan pendekatan berkomunikasi yang lebih berkesan dalam melahirkan idea-idea mereka.
"Esei boleh ditulis sama ada dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Cina atau Tamil," tambah Zainal.
kata Zainal lagi, REDtone memilih penghantaran penyertaan secara dalam talian di
www.redtone1malaysia.com.my kerana ia secara tidak langsung menggalakkan para pelajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Selain itu, penyertaan juga boleh dihantar pada bila-bila masa mengikut kelapangan pelajar.
Sebagai sebahagian daripada projek Portal Pendidikan ICT REDtone, ia juga untuk memudahkan e-pembelajaran dalam kalangan para pelajar dan perkongsian pengetahuan antara guru-guru sekolah.
Peraduan ini bermula dari 24 Ogos hingga 25 September 2009. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di seluruh negara.
Bagi Kategori Junior, ilustrasi boleh sama ada dilukis dengan tangan atau dalam bentuk digital dan hendaklah dikemukakan dalam format JPEG, GIF atau BMP dengan saiz fail tidak melebihi 5MB.
Bagi penyertaan Kategori Senior, panjang esei hendaklah antara 150 hingga 300 patah perkataan.
Lima penyertaan terbaik akan dipilih daripada setiap kategori, dengan setiap pemenang akan membawa pulang komputer meja. Sepuluh hadiah sagu hati berbentuk hamper setiap satu bernilai RM100 juga akan diberi kepada setiap peserta dalam kedua-dua kategori. Sekolah yang mencatat bilangan penyertaan paling ramai dalam setiap kategori juga akan memenangi sebuah komputer meja.
Para pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2009. Untuk butiran lanjut mengenai peraduan, sila lawati www.redtone1malaysian.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BG Tay di talian: (03) 7725 1908 or 012-202 5898;
e-mel: bgnexuspr@pd.jaring.my
FAKTA
Kategori Lukisan tangan atau digital untuk murid junior (Tahun 1-3)
Esei antara 150 hingga 300 patah perkataan untuk murid senior (Tahun 4-6)
Mula 24 Ogos 2009
Tarikh tutup 25 September 2009
Keputusan 10 Oktober 2009
Laman web www.redtone1malaysian.com.my
Read more...