Buat Renungan

Saturday, September 5, 2009

Masalah bekalan air di Labuan diatasi menjelang akhir 2010

LABUAN: Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di sini dijangka dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut bernilai RM365 juta dari Beaufort, Sabah siap sepenuhnya menjelang akhir 2010.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata buat masa ini bekalan air di pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang diperlukan setiap hari.

"Permintaan air lebih kurang 56 juta liter tetapi hanya 42 juta liter yang boleh dibekalkan kepada pengguna dan bekalan air itu turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas, menjadikan hanya 32 juta liter saja untuk penduduk," katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 penduduk di Kampung Sungai Bedaun di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah bekalan air itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna dan beliau akan menulis surat kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican mengenai isu ini.

"Mungkin Petronas boleh mencari air yang mereka perlukan untuk kilang mereka dari sumber yang lain di tanah besar Sabah," katanya. - Bernama

Post a Comment

Dari Mana Tu...

About This Blog

Followers

PENAFIAN / DISCLAIMER

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP