Buat Renungan

Tuesday, September 1, 2009

Calon peperiksaan diminta jaga kebersihan, elak jangkitan H1N1

01/09/2009 5:39pm

KUALA LUMPUR 1 Sept. — Pelajar, terutama yang akan menduduki peperiksaan dinasihat supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, amalan kebersihan diri yang utama perlu diteruskan dengan membasuh tangan terutama selepas batuk dan bersin, selain menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan membuang terus tisu itu ke dalam tong sampah.

Antara peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8 hingga 10 Sept., Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 7 Okt. dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 Nov.

Beliau turut meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau selesema.

“Ini kerana jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ia amat berisiko untuk menularkan virus influenza A (H1N1) kepada rakan-rakan mereka yang lain,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa H1N1 di sini, hari ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Dari Mana Tu...

About This Blog

Followers

PENAFIAN / DISCLAIMER

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP