Buat Renungan

Friday, September 4, 2009

Maklum sekolah jika calon UPSR ada tanda H1N1

04/09/2009 5:04pm

KUALA LUMPUR 4 Sept.- Ibu bapa calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung minggu depan diminta memaklumkan kepada sekolah atau lembaga peperiksaan jika anak mereka mempunyai simpton dijangkiti influenza A (H1N1).

Ia bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan mengambil langkah persediaan seperti penyediaan bilik pengasingan serta keperluan lain seperti peralatan pencegahan dan petugas tambahan.

Perkara ini terkandung dalam garis panduan bagi menghadapi wabak itu yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan dan diedar melalui satu pekeliling kepada semua sekolah, kata kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini.

Mengikut garis panduan itu, Lembaga Peperiksaan akan meneruskan peperiksaan dan pembatalan atau penangguhan peperiksaan hanya merupakan pilihan terakhir yang akan diumum menerusi media massa.

Garis Panduan Menghadapi Wabak Penyakit Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan itu juga menyebut bahawa keluarga calon boleh memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).-Bernama

0 comments:

Post a Comment

Dari Mana Tu...

About This Blog

Followers

PENAFIAN / DISCLAIMER

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP